Wednesday, August 26, 2009

Keliru, Dalam jiwa merintih

Aku sebenar telah lama mencuba..mencuba untuk tidak memperkatakan.. memperkatakan sesuatu dalam blog aku ini tentang satu perkara ..satu perkara yang sentiasa bermain dalam benak mindaku saban hari ..

Sejak lebih 10 tahun dulu.. aku mula berjinak dalam dunia ini dari jauh.. biarpun di kampus dulu aku juga pernah cuba menawarkan diri untuk dipilih biarpun tidak terpilih..namun pengalaman itu mengajar aku banyak perkara... Dunia itu..dunia politik..dunia yang telah memakan banyak korban..korban jiwa..korban maruah, korban harga diri, korban prinsip dan pelbagai pengorbanan lagi hingga masa dan wang ringgit..

Minat yang tersemai sekian lama setelah mengikuti buah butir bicara rakan blogger di samping sekali-sekali mencerna idea untuk sama-sama ditaburkan dalam ruang siber ini.. namun itu semua tidak memberi kepuasan .. kepuasan dalam mengolah dan mengutarakan pandangan.. kerana pandangan itu hanya pandangan peribadi yang mungkin tidak mampu mengetuk pintu naluri sesiapa..

jadi ..berbekalkan semangat berkobar yang tertahan selama ini.. terluah jua akan minat ini untuk sama-sama mengutarakan komentar behubung dunia politik tanahair kini.. telah pelbagai ragam manusia dan maklumat yang mencurah masuk dalam benak namun cukuplah jika blog ini hanya menjadi blog yang bertujuan untuk meluahkan pandangan, idea dan buah fikiran ke arah memajukan masyarakat... jauh sekali bertujuan untuk mencaci maki, menfitnah juga mengadu domba ..hanya sekali melepaskan keluhan yang mungkin tidak didengar oleh sesiapa..

Fokus .. Pedu.. kerana Pedu adalah kampung tercinta..biar ke mana kaki telah melangkah ..Pedu juga yang akan ditakhtai.. dalam diri.. kampung halaman..kampung ayah bonda..

Kepada yang berminat untuk bersama ..hubungi saya.. jika terlanjur menziarahi blog ini..

wassalam..

Monday, August 24, 2009

Pelayaran Ini

Hari ini aku masih lagi kebingungan... kerana dalam pelayaran yang amat jelas hala tuju ini ..aku kehilangan pedoman.. ntah mungkin sengaja dihilangkan atau aku memang tengah belayar tanpa pedoman yang pasti.. tujunya jelas ..cuma bagaimana untuk dihalakan tuju itu yang menggusarkan..

benarlah kata mantan boss aku.. apabila pelayaran ini telah bermula, sauh telah diangkat, layar telah dikembangkan .. angin baik ..tujuan jelas tapi tanpa peta yang mantap mungkin agak sukar untuk samapi ke tujuan.. ingin berpatah balik..dermaga telah jauh dibelakang.. pasti menimbun kata-kata pedih.. ingin diteruskan amatlah jerih pelayaran ini..ombak kekadang besar, kekadang beragin kencang, ribut juga taufan silih berganti.. masa terus berlalu...

Pada siapa ingin ku kongsikan jerih ini.. tiada yang mahu tahu..tiada yang ingin tahu.. tiada yang berhasrat untuk tahu.. aku aku yang amat teringin untuk tahu.. ku dengar ramai yang telah berjaya dalam pelayaran mereka.. tapi ramai juga yang kecundang.. namun aku teramat pasti tidak mahu berada dalam kelompok kecundang itu.. harapan ku terlalu besar.. juga harapan orang lain yang ingin melihat aku berjaya.. namun mereka hanya tahu mengharap.. mengharap baliknya seorang pelayar hebat ke pelabuhan yang pebuh huru-hara.. tiada siapa yang bertanya ..bagaimana mahu kembali dengan selamat dan terbaik?

Tiada kawan yang dapat berkongsi melainkan berkongsi suka dan duka.. tiada rakan yang mengerti apa yang tertera dihati melainkan pada rupa..tiada sahabat yang benar memahami melainkan hanya pada lahiri..

Benarlah seperti kata seorang 'guru'.. tiada siapa yang dapat memahami biarpun kita tidur sebantal, makan sepinggan, atau bergebarkan gebar yang sama..
kerana apa? kerana pelayaran ini adalah pelayaran peribadi.. a lonely journey .. dengan layar dan bahtera yang berbeza biarpun ramai juga yang turut sama belayar di lautan ini.. lautan luas ini katanya telah memakan korban.. namun ramai juga yang gah untuk kembali ke persada ..

Apapun ..akan kuteruskan jua pelayaran ini..biarpun hanya aku sorang yang melangkah, biar hanya aku sorang yang rebah.. akan kubertongkat juga agar sampai ke dermaga emas.. kerana ku tahu.. kilauan yang bakal menanti terlalu indah untuk ku biarkan ..takkan ku tewas pada perjuangan ini biar betapa halangan menanti..

Akan ku pastikan.. 2010/2011 akan ku abadikan kejayaan ini.. Ya..Allah berkatilah aku, permudahkanlah aku, hanya pada Mu aku menyembah ..hanya padaMu aku bermohon.. perkenankanlah doaku..amin...

Saturday, August 22, 2009

Era Baru

Tanggal 22 Ogos 2009, aku memasuki era baru dalam dunia tanpa sempadan ini.. selepas beratus atau beribu hari berlalu dengan aku hanya menjadi tetamu.. hari ini 1 Ramadhan jam 12.45 tengahari.. aku mula meneroka dunia baru ini ..tetapi bukan lagi sebagai tetamu tetapi sebagai pemunya milik .. inilah dunia blog ..dunia tanpa pintu tanpa dinding juga tanpa sempadan ruang dan waktu..