Saturday, December 12, 2009

Susu Kambing dan Aku

Salam sejahtera..

Lama bebenor rasenyer tidak menjengah blog sendiri.. hampir berbulan..kalau rumah dah naik sawang dibuatnya.. bukan tidak menjengah ..tapi menjengah blog orang lain.. paling kuat Kedahlanie..ari-ari pegi lawat.. banyak berita terkini yang belum keluar paper dah ada kat situ..maknanyer get tomorrow news today..

hmmm..dalam lama tak dok jengah blog ..aku mencuba trt amalkan susu kambing.. sunnah yang dipandang enteng dan jijik oleh sebahagian orang.. apataknyer bila aku sebut aku sekarang amalkan susu kambing..masing-masing macam nak muntah jer muka diaorang.. huii nampak benar jijiknya.. eleh aku tak makan susu kambing ..aku ambik IG.. ala susu awal lembu.. lagi baik..

Bagi aku memang la..apa jenis pun susu ada baiknya pada badan kita.. susu awal lembu kaa.. atau susu kambing .. ok .. tapi kata orang yang dah buat kajian..susu kambing niee.. adalah pengganti paling hampir dengan susu ibu.. jadi bagi yang dah tua.. nak isap susu ibu memang ler nak kena kayu api dengan mak sendiri ..mana taknya dah umur dekat 40..balik-balik cakap nak susu ..nenen..

Dapat tu memang la dapat ..tapi bukan susu ibu tapi susu ibu anak.. bini la tu.. tapi takkan nak kongsi ngan anak lak..mana cukup ..makin kurus keding ler badan bini dibuatnya.. terpaksa suply untuk dua orang serentak.... jadi aku pun amalkan ler susu kambing .. satu gantian yang hampir sama dengan susu ibu..

Susu awal lembu ker susu kambing.. aku pilih susu kambing..walau pun ramai yang kata susu awal lembu lagi baik.. tapi bagi aku tetap susu kambing.. sebab apa?..sebab utama susu kambing adalah sunnah nabi... aku ..bab nak ikut sunnah yang lain tu ..tak ler mampu sangat .. selain daripada simpan janggut ..kekadang yang lain tu ..tak istiqomah sangat.. jadi nak tunjuk kata aku pun sayang sangat kat nabi... selain amal selawat ..aku ikut sunnah baginda minum susu kambing..

Zaman dulu-dulu mana ada lembu kat tempat nabi tu.. aku tak penah denagr sirah yang tulis ada lembu.. sebab tu tak penah dengar nabi minum susu lembu ..tapi kambing memang famous.. unta ada ... tak penah pula dengan orang zaman tu minum susu unta .. sedangkan kalau unta mesti susu dia lagi banyak pada kambing sebab badan dia besar ..tapi tak pula dibuat minum dek orang.. kambing yang kecil tu juga yang selalu disebut..dibuat minum oleh baginda nabi dan para sahabat..

Makna kata mesti la ada sesuatu hikmah yang tersembunyi pada susu kambing itu.. tapi orang kita buat pandang sisi jer khasiat dan kelebihannya.. Kata orang ..semua nie angkara mat saleh termasuklah geng-geng yang selalu duk bom Palestin tu.. dia punya kenen kat orang lain suruh minum susu lembu .. cipta kata khasiat dia baguih..minum jadi kuat macam superman.. tapi yang pasti depa sendiri duk minum susu kambing ..tak pula depa minum susu lembu.. tu yang pelik ..tapi orang kita nie.. kurang sikit pakai otak untuk pikir benda nie..

Sama macam kes orang darah rendah.. nak bagi naik depa duk suruh makan organ dalaman macam limpa, hati, paru dan lain-lain.. depa kata baguih untuk naikkan balik darah.. tapi baginda nabi duk larang kita daripada makan bebenda tu (cari ler sendiri hadis tu yer).. tapi kita buat tak pakai jer.. terus ler kita dok ajar anak-anak ..kalau darah rendah makan organ dalaman.. yang pasti ..depa hak duk suruh kita makan organ dalaman binatang tu .. duk makan sayur hijau jer..sebenarnya makan sayur hijau lagi baik untuk naikkan darah rendah..

Tu dia punya jahat depa dok promote supaya kita orang Islam tinggalkan sunnah nabi kita .. cara slow..penuh hikmah..siap dengan kajian sains untuk yakiin orang Islam..akhirnya orang Islam jadi lupa dan lali dengan sunnah nabi mereka sendiri..hanyut .... sampai la nie.. saintis Islam sendiri telah terdoktrin dengan karya mereka..tanpa sikit rasa untuk mencabar kesohihan fakta Barat tu..

Tapi bak kata orang ..biarpun susu kambing tu ..kurang promosi ..kurang kajian ..kurang memacam lagi ..termasuk tak penah lak diajar dalam kokurikulum kat sekolah.. aku tetap akan amalkan.. sebab aku tau..bila nabi minum pasti ..aku amat yakin bahawa ada kebaikan yang terhebat dan terunggul dalam khazanah susu kambing tu..

Walau pun ramai yang pandang sinis.. banding kan susu kambing ngan susu awal lembu mislany.. aku tetap kata susu kambing terbaik.. depa kata banyak kajian kata susu awal lembu terbaik..aku tetap kata susu kambing masih terbaik..pasai pa depa tanya?..aku kata sebab ia adalah sunnah nabi dan setiap apa yang disunnah kan itu adalah perintah dan menurut arahan Allah s.w.t.. macam bila mana nabi suka minum madu .. bila satu peristiwa berlaku (cari dan baca sendiri ler yer)..nabi mengharamkan dirinya minum madu.. Allah s.w.t menurunkan wahyu..'jangan haramkan yang halal dan jangan halalkan yang haram'.. tengok ..maknanya setiap apa yang nabi buat itu adalah dibawah kawalan dan pengawasan Allah s.w.t.

Apabila nabi minum susu kambing maknanyer..ia dipersetujui oleh Allah s.w.t. mengapa kita harus berdolak dalik lagi.. tak perlu dikaji..tak perlu diuji.. cukup dengan itu kita sepatutnya terus percaya dan yakin.. sebab itu.. ummat terdahulu cepat membangun dan berkembang.. tak perlu tunggu 50 atau 100 tahun untuk maju.. sebab apa ..sebab semua jawapan kebanyakkannya telah ada .. tak perlu masuk makmal buat uji kaji ..habiskan masa bertahun-tahun untuk dapatkan jawapan.. sebab kebanyakkan atau hampir semua telah diberikan jawapan ..sehingga soalan mungkar nangkir dalam kubur pun dah diberikan jawapan..hanya cara dan kaedah untuk memberi jawapan tu jer yang perlu kita cari dan praktikkan..

Sejak aku amalkan susu kambing nie.. baru jer lebih kurang seminggu lebih .. jiran aku kata muka aku dah seri lain macam.. yang baik ler katanyer.. dia kata..aku tak perasan apa pun.. cuma aku boleh raser.. bila dah minum tu ..badan rasa lebih sihat..ringan,.. seronok ..ceria..bertenaga.. benda yang satu tu pun nampak sihat ..tiap pagi bangun.. kata orang bijak pandai ..kalau 'dia' bangun dulu sebelum kita bangun ..maknanyer sihat benor ler tu..

Apapun bukan itu tujuan aku minum dan amalkan susu kambing.. cukup aku katakan aku mengamalkannya kerana ia sunnah nabi kesayanganku .. Nabi Muhammad s.a.w.. juga kesayangan kita semua..

Wassalam