Monday, August 24, 2009

Pelayaran Ini

Hari ini aku masih lagi kebingungan... kerana dalam pelayaran yang amat jelas hala tuju ini ..aku kehilangan pedoman.. ntah mungkin sengaja dihilangkan atau aku memang tengah belayar tanpa pedoman yang pasti.. tujunya jelas ..cuma bagaimana untuk dihalakan tuju itu yang menggusarkan..

benarlah kata mantan boss aku.. apabila pelayaran ini telah bermula, sauh telah diangkat, layar telah dikembangkan .. angin baik ..tujuan jelas tapi tanpa peta yang mantap mungkin agak sukar untuk samapi ke tujuan.. ingin berpatah balik..dermaga telah jauh dibelakang.. pasti menimbun kata-kata pedih.. ingin diteruskan amatlah jerih pelayaran ini..ombak kekadang besar, kekadang beragin kencang, ribut juga taufan silih berganti.. masa terus berlalu...

Pada siapa ingin ku kongsikan jerih ini.. tiada yang mahu tahu..tiada yang ingin tahu.. tiada yang berhasrat untuk tahu.. aku aku yang amat teringin untuk tahu.. ku dengar ramai yang telah berjaya dalam pelayaran mereka.. tapi ramai juga yang kecundang.. namun aku teramat pasti tidak mahu berada dalam kelompok kecundang itu.. harapan ku terlalu besar.. juga harapan orang lain yang ingin melihat aku berjaya.. namun mereka hanya tahu mengharap.. mengharap baliknya seorang pelayar hebat ke pelabuhan yang pebuh huru-hara.. tiada siapa yang bertanya ..bagaimana mahu kembali dengan selamat dan terbaik?

Tiada kawan yang dapat berkongsi melainkan berkongsi suka dan duka.. tiada rakan yang mengerti apa yang tertera dihati melainkan pada rupa..tiada sahabat yang benar memahami melainkan hanya pada lahiri..

Benarlah seperti kata seorang 'guru'.. tiada siapa yang dapat memahami biarpun kita tidur sebantal, makan sepinggan, atau bergebarkan gebar yang sama..
kerana apa? kerana pelayaran ini adalah pelayaran peribadi.. a lonely journey .. dengan layar dan bahtera yang berbeza biarpun ramai juga yang turut sama belayar di lautan ini.. lautan luas ini katanya telah memakan korban.. namun ramai juga yang gah untuk kembali ke persada ..

Apapun ..akan kuteruskan jua pelayaran ini..biarpun hanya aku sorang yang melangkah, biar hanya aku sorang yang rebah.. akan kubertongkat juga agar sampai ke dermaga emas.. kerana ku tahu.. kilauan yang bakal menanti terlalu indah untuk ku biarkan ..takkan ku tewas pada perjuangan ini biar betapa halangan menanti..

Akan ku pastikan.. 2010/2011 akan ku abadikan kejayaan ini.. Ya..Allah berkatilah aku, permudahkanlah aku, hanya pada Mu aku menyembah ..hanya padaMu aku bermohon.. perkenankanlah doaku..amin...

No comments:

Post a Comment