Monday, October 26, 2009

PANAS-PANAS

Sejak dua menjak nie..dadaku selalu panas, darahku kerapkali mendidih, didihnya pula tahap gaban nak pegi berperang.. kalau letak alat sukat suhu anak aku yang letak tampal kat dahi tu pasti lebih 50 darjah celcius .. dah la aku ada darah tinggi ..lagilah tinggi darah aku..

Semua nie gara-gara anak beruk yang aku beli daripada Celcom.. anak beruk kurang ajar nie.. kejab dengar cakap ..kejab tak dengar cakap .. kadang-kadang bila aku suruh dia laju jer buat kerja..kdang-kadang lambat jer nak gerak.. macam anak aku kena suruh buat kerja.. satu-satu benda tu bukan main slow lagi dia buat .. panas bontot aku dok tunggu dia buat kerja..

Dulu aku ingat semua anak beruk belaan Celcom nie..mesti hebat-hebat.. yer laa.. dia jer yang ada buka klinik bela beruk.. macam sekolah bela beruk untuk panjat kelapa kat Kelantan tu laa. orang lain tak boleh bela ..tak de lesen kata orang..

Dulu aku pakai robot streamyx.. macam yang dok suruh potong dalam tv tu.. payah sebab kena pakai rantai selalu robot nie.. jauh sikit tak buleh..nak pakai yang wireless ..tambah kos lagi.. baik aku pakai beruk jer.. senang boleh bawak gie mana-mana.. anywhere..anytime.. rupernye tidak! bawa memang ler boleh ..tapi ada tempat yang bila suruh buat kerja ..dia tak nak.. out of my job scope ..katernya.. kalau nak diberinya pun ..cuma tahap GPRS..line banyak tapi slow tahap gaban nak mampus.. kalau 3G pula cuma dapat dua bar jer.. cukup-cukup makan jer la..

Cuma nya bila orang dalam tv suruh potong dia suruh pakai beruk cap W1.. tapi aku tak yakiin sangat .. tu yang aku beli kat Celcom.. dia dah lama dalam bidang nie.. macam tahap sekolah Penang Free School ler.. dah idup lebih 100 tahun.. cumanya Celcom kat Mesia tak ler sampai 100 tahun tapi dier ler yang paling lama.. dah pro la kat orang.. tahap servis pun mesti tip top nyer lah.. itu aku ingat la sebelum nie.. kena pulak yang akku beli nie bukan sebarang beruk.. beruk tahap kelas 1 tu .. yang paling mahal.. yang paling cekap..yang paling laju kalau buat kerja.. kata orang ..

Cuma sebab dia beruk kan..beruk kan tak der akal.. walaupun aku dah beli dier dari tuan Celcom dia..tapi arahan tuan Celcom dier tetap terima dan ikut.. walaupun katanyer dia mahir segala segi ..tapi bila tuan Celcom bagi arahan dia tetap ikut.. kiranya dia macam kerja 'kader' jer ngan aku.. big bos tetap tuan Celcom.. aku kena terima jer laa..

Tapi bagi aku..beruk nie tak salah .. yang salahnya tuan Celcom dier nie.. nama pun beruk kan.. tuan Celsom dier nie..yang bangang sebenarnyer.. yang tungu ..yang dungu ..yang macam anak khinzir.. dan yang macam-macam lagi tu ..tuan Celcom dia nie lah.. dia jual beruk pakai kontrak.. lepas dua tahun baru beruk tu jadi milik kita.. pakai sebulan beruk tak perform ..melangu ler kita..nak jual balik kena denda.. nak teruskan darah mendidih dah nie.. nak cari beruk baru .. ..tambah kos lagi.. pakai jer laa..GPRS pun.. hiiiissssshhhhhhh beruk bengong ..tuan Celcom beruk nie lagi bengong.. bengong tahap gaban jugak ler..

Aku?.. tongong juga ler ..sebab terpengaruh dengan iklan Celcom bodoh tu.. beruk dia bagus, baik, pandai buat kerja, laju,, macam-macam la..macam orang jual ubat kaki lima .. Jalan Petaling.. semua ubat dia bagus.. semua penyakit boleh pakai ..bila balik sapu..habuk pun tarak.. Celcom nie ..tahap mentaliti dia itu ler..tahap orang jual ubat kaki lima ..

Bila Najib umum dalam bajet 2010 untuk tingkatkan kualiti internet.. maknanya dia baru tahu..internet kat Mesia nie..tahap mundur dia 10 tahun kebelakang.. ikut tempat .. duduk kat belakang atau bawah menara pemancar Celcom pun dapat GPRS jer.. huiyyyy.. kalau duduk kat tempat tahap daerah ilmu pun dapat 2G dua bar tak pun GPRS.. memang gaban betul.. tak tau kat sapa nak dibodohkan..

ish penin kepala aku..letih

Thursday, October 1, 2009

Hari Raya Ini..

Hari dah nak masuk 13 hari raya.. maknanya dah dekat 13 hari aku menderita sakit .. cumanya hari ni ..sejak dua tiga hari lalu sakitnya makin berkurangannya.. daripada hanya mampu meniarap untuk mengurangkan rasa sakit kini dah mampu untuk duduk..berdiri..daripada hanya mampu makan bersuap kini dah mampu makan sendiri..daripada solat hanya dalam keadaan mengiring kini dah mampu berdiri tegak.. alhamdulillah.. dah makin baik..

seminggu dulu ..bila belikat jadi macam nak pecah..bagi nak putus segala urat saraf..kini dah makin baik.. syukur pada Allah .. pada ayah mak yang sentiasa berusaha bawa pegi jumpa bomoh..sampai ke PMC ..sampai berhabis ratusan ringgit tanpa sebarang penyakit..pakar pun tak dapat mengenalpasti apa sakitnya..

Kini alhamdulillah..berkat usaha .. jumpa penawar .. makin baik..trimas juga kat tuk bomo.. Pak Syed ..kubang bemban.. juga Pak Long Wang Pak Su..

Semoga hari-hari esok makin baik dan terus sihat ..boleh balik untuk meneruskan kehidupan seperti sedia kala di Selangor.. InsyaAllah..

Saturday, September 5, 2009

Ntah Ape-ape

Hiash ..bila dah ada blog sendiri nie.. tak tau pulak apa nak tulih.. macam kering habis idea yang ada.. kontang ..walaupun kat kampung la nie..tengah ujan..ada yang banjir.. tapi tu lah.. bila dah habis segala idea ..tak tau satu pun apa nak ditulih.. ada benda nak tulis tapi tak sampai ati pulak nak tulih..

macam-macam isu semasa nak bagi pandangan..tapi belum mampu lak nak bagi komen.. ntah naper.. tak ade ati pulak ..bior jer ler... nanti bila samapai tika yang sesuai ..akan den tulih juo..

wa cau..

Wednesday, August 26, 2009

Keliru, Dalam jiwa merintih

Aku sebenar telah lama mencuba..mencuba untuk tidak memperkatakan.. memperkatakan sesuatu dalam blog aku ini tentang satu perkara ..satu perkara yang sentiasa bermain dalam benak mindaku saban hari ..

Sejak lebih 10 tahun dulu.. aku mula berjinak dalam dunia ini dari jauh.. biarpun di kampus dulu aku juga pernah cuba menawarkan diri untuk dipilih biarpun tidak terpilih..namun pengalaman itu mengajar aku banyak perkara... Dunia itu..dunia politik..dunia yang telah memakan banyak korban..korban jiwa..korban maruah, korban harga diri, korban prinsip dan pelbagai pengorbanan lagi hingga masa dan wang ringgit..

Minat yang tersemai sekian lama setelah mengikuti buah butir bicara rakan blogger di samping sekali-sekali mencerna idea untuk sama-sama ditaburkan dalam ruang siber ini.. namun itu semua tidak memberi kepuasan .. kepuasan dalam mengolah dan mengutarakan pandangan.. kerana pandangan itu hanya pandangan peribadi yang mungkin tidak mampu mengetuk pintu naluri sesiapa..

jadi ..berbekalkan semangat berkobar yang tertahan selama ini.. terluah jua akan minat ini untuk sama-sama mengutarakan komentar behubung dunia politik tanahair kini.. telah pelbagai ragam manusia dan maklumat yang mencurah masuk dalam benak namun cukuplah jika blog ini hanya menjadi blog yang bertujuan untuk meluahkan pandangan, idea dan buah fikiran ke arah memajukan masyarakat... jauh sekali bertujuan untuk mencaci maki, menfitnah juga mengadu domba ..hanya sekali melepaskan keluhan yang mungkin tidak didengar oleh sesiapa..

Fokus .. Pedu.. kerana Pedu adalah kampung tercinta..biar ke mana kaki telah melangkah ..Pedu juga yang akan ditakhtai.. dalam diri.. kampung halaman..kampung ayah bonda..

Kepada yang berminat untuk bersama ..hubungi saya.. jika terlanjur menziarahi blog ini..

wassalam..

Monday, August 24, 2009

Pelayaran Ini

Hari ini aku masih lagi kebingungan... kerana dalam pelayaran yang amat jelas hala tuju ini ..aku kehilangan pedoman.. ntah mungkin sengaja dihilangkan atau aku memang tengah belayar tanpa pedoman yang pasti.. tujunya jelas ..cuma bagaimana untuk dihalakan tuju itu yang menggusarkan..

benarlah kata mantan boss aku.. apabila pelayaran ini telah bermula, sauh telah diangkat, layar telah dikembangkan .. angin baik ..tujuan jelas tapi tanpa peta yang mantap mungkin agak sukar untuk samapi ke tujuan.. ingin berpatah balik..dermaga telah jauh dibelakang.. pasti menimbun kata-kata pedih.. ingin diteruskan amatlah jerih pelayaran ini..ombak kekadang besar, kekadang beragin kencang, ribut juga taufan silih berganti.. masa terus berlalu...

Pada siapa ingin ku kongsikan jerih ini.. tiada yang mahu tahu..tiada yang ingin tahu.. tiada yang berhasrat untuk tahu.. aku aku yang amat teringin untuk tahu.. ku dengar ramai yang telah berjaya dalam pelayaran mereka.. tapi ramai juga yang kecundang.. namun aku teramat pasti tidak mahu berada dalam kelompok kecundang itu.. harapan ku terlalu besar.. juga harapan orang lain yang ingin melihat aku berjaya.. namun mereka hanya tahu mengharap.. mengharap baliknya seorang pelayar hebat ke pelabuhan yang pebuh huru-hara.. tiada siapa yang bertanya ..bagaimana mahu kembali dengan selamat dan terbaik?

Tiada kawan yang dapat berkongsi melainkan berkongsi suka dan duka.. tiada rakan yang mengerti apa yang tertera dihati melainkan pada rupa..tiada sahabat yang benar memahami melainkan hanya pada lahiri..

Benarlah seperti kata seorang 'guru'.. tiada siapa yang dapat memahami biarpun kita tidur sebantal, makan sepinggan, atau bergebarkan gebar yang sama..
kerana apa? kerana pelayaran ini adalah pelayaran peribadi.. a lonely journey .. dengan layar dan bahtera yang berbeza biarpun ramai juga yang turut sama belayar di lautan ini.. lautan luas ini katanya telah memakan korban.. namun ramai juga yang gah untuk kembali ke persada ..

Apapun ..akan kuteruskan jua pelayaran ini..biarpun hanya aku sorang yang melangkah, biar hanya aku sorang yang rebah.. akan kubertongkat juga agar sampai ke dermaga emas.. kerana ku tahu.. kilauan yang bakal menanti terlalu indah untuk ku biarkan ..takkan ku tewas pada perjuangan ini biar betapa halangan menanti..

Akan ku pastikan.. 2010/2011 akan ku abadikan kejayaan ini.. Ya..Allah berkatilah aku, permudahkanlah aku, hanya pada Mu aku menyembah ..hanya padaMu aku bermohon.. perkenankanlah doaku..amin...

Saturday, August 22, 2009

Era Baru

Tanggal 22 Ogos 2009, aku memasuki era baru dalam dunia tanpa sempadan ini.. selepas beratus atau beribu hari berlalu dengan aku hanya menjadi tetamu.. hari ini 1 Ramadhan jam 12.45 tengahari.. aku mula meneroka dunia baru ini ..tetapi bukan lagi sebagai tetamu tetapi sebagai pemunya milik .. inilah dunia blog ..dunia tanpa pintu tanpa dinding juga tanpa sempadan ruang dan waktu..